Saturday, 9 March 2013

KUALA KANGSAR, BANDAR DIRAJA

 KUALA KANGSAR


Muzium Diraja Kuala Kangsar

Pekan Kuala Kangsar
skandar Bridge, Kuala Kangsar

Sejarah Kuala kangsar
Tapak mempunyai kesan aneh pada Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah Perak yang memerintah 1877-1887. Tidak seperti banyak raja-raja yang melindungi istana diraja dan kubu-kubu mereka dengan memilih pandangan mata mereka dengan berhati-hati di mana mereka boleh mengesan pendekatan musuh dari jauh, Sultan mempunyai istana yang pertama dibina di sebelah tebing sungai. Beliau kemudian menamakan ia 'Istana Sri sayong'.
Selain daripada terdedah kepada ancaman yang akan berlaku pencerobohan, masalah lain adalah daya musim tengkujuh, yang membawa kepada banjir banyak air gushed turun dari hutan di atas melalui banyak cawangannya. Nama Kuala Kangsar dipercayai berasal dari 'Kuala Kurang-Sa', yang bermaksud '100 tolak (-) ', biasanya ditafsirkan sebagai' anak sungai kecil ke-99 untuk mengalir ke dalam Sungai Perak '.

Satu banjir adalah begitu teruk, ia hampir melanda istana jauh. Akhirnya, selepas Banjir Besar atau udara Bah pada tahun 1926, ia telah memutuskan untuk memindahkan tempat lagi naik ke atas bukit di mana berdiri semasa Royal Palace bernama Istana Iskandariah dengan Art-Deco seni bina, sekeping jarang berlaku tetapi signifikan pencapaian seni bina di Malaysia .Sultan Perak rasmi tinggal di Kuala Kangsar, dan ia telah menjadi tempat duduk diraja Perak sejak abad ke-18. Ia adalah salah satu daripada empat bandar-bandar yang memainkan peranan dalam sistem penggantian kompleks Perak. Ia adalah tempat pentadbiran Residen British yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu, James WW Birch, dari Oktober 1874 sehingga dia telah dibunuh pada November 2, 1875.
Kuala Kangsar juga dikenali dalam sejarah Malaysia sebagai tapak di mana Persidangan pertama Raja-Raja, Durbar, telah diadakan pada tahun 1897. Menjelang 1890-an, pertumbuhan bandar-bandar perlombongan bijih timah Ipoh dan Taiping telah ditenggelami Kuala Kangsar, tetapi ia kekal hingga ke hari ini salah satu yang paling menarik ibu diraja Melayu.

Menara Jam kuala kangsar
Pekan ini juga tapak pokok getah pertama yang ditanam di Malaysia. Orang yang bertanggungjawab adalah ahli botani Inggeris Henry Nicholas Ridley. Beliau adalah salah satu yang membantu Malaya dan akhirnya Malaysia menjadi pengeluar getah terbesar di dunia. Pokok masih berdiri hari ini.
Tentera pengakap Malaysia yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Kangsar. Oleh itu, bilangan skuad adalah 001

SEJARAH BAGAN DATOH




 BAGAN DATOH ,PERAK


PENGASAS BAGAN DATOH 
Tok Kelah Peneroka Awal

PEKAN BAGAN DATOH
Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan.


Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “bagan” oleh masyarakat tempatan.
JETI PEKAN BAGAN DATOH


Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan.  Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.


Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.



Friday, 8 March 2013

SEJARAH NEGERI PERAK

Sejarah Negeri Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air. ZAMAN PRA SEJARAH Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).
Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.
Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).
Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.
Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.
Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini. Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.
Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.
Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.
Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.
Campur tangan Inggeris Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional. TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris. Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.
Sistem Pemerintahan Residen Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.
Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’ Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.
Perang Dunia Kedua Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.


TELUK INTAN 

Sejarah Teluk Intan.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau.

Sejarah Pendudukan Inggeris.

Setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Sejarah Pendudukan Jepun.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.



PASIR SALAK 

Pasir Salak




Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi Seberang Perak. Kini Pasir Salak berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah Pasir Salak.


Jalan perhubungan

Sebelum tahun 1980, ramai penduduk kampung di tepian Sungai Perak terpaksa menaiki bot penampang berenjin untuk pergi ke bandar Teluk Intan.
Sebelum tahun 1987, penduduk Pasir Salak terpaksa naik bot penampang kayuhan tangan untuk pergi ke Kampung Gajah yang terletak di seberang sungai.
Sehingga 2005, Pasir Salak masih lagi merupakan sebuah kampung tradisional Melayu beridentitikan rumah kutai dan rumah limas negeri Perak.
Pada tahun 1987, sebuah jambatan telah dibina antara Kampung Gajah dengan Pasir Salak. Sejak itu perkhidmatan bot penambang telah ditutup, bekalan air dibekalkan ke merata kampung dan jalan tar dibina ke semua hujung kampung.

Kebangkitan Nasionalisme

Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang memandai-mandai mengutip cukai mengikut peraturan mereka. Lantas itu Dato' Maharaja Lela Pandak Lam bingkas bangun menjulang keris apabila Sultan Abdulah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874 yang curiga, kesal dan 'terlajak' dengan Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di dalam HMS Pluto di Pulau Pangkor.
Nama Pasir Salak diangkat menjadi 'Parlimen Pasir Salak' pada tahun 1980 ketika pilihan raya diadakan. Sebelum itu Parlimen Pasir Salak dikenali dengan nama Parlimen Hilir Perak. Pada tahun itu Dato Megat Junid Megat Ayob dari Kampung Padang menjadi calon parti Barisan Nasional. Sementara Tan Seri Ramli Ngah Talib bertanding di Dewan undangan Negeri Perak kawasan Kampung Gajah.

Asal-usul nama

Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah.
Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak, mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.
Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh. Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.
Pentadbiran Kampung Gajah masih lagi bersifat kampung walaupun Perang Perak telah lama berlalu. Pasir Salak juga merupakan sebuah mukim. Salah seorang penghulu yang terkenal ialah Dato Maharaja Lela.
Terdapat beberapa kampung dalam mukim Pasir Salak iaitu:
  1. Kampung Pasir Salak
  2. Kampung Selat Pulau
  3. Kampung Biak
  4. Kampung Kepala Pulau
  5. Kampung Kandan

SEJARAH PULAU PANGKOR

Sejarah Pulau Pangkor 

KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.

Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.
Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.
Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”
Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.
Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.
Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.
Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.
“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.
“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.
“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”
Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.
Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.